Tuesday, May 21, 2013

Assaobru ! !

Assalamualaikum  . .  (^_^)

Ha ! !

SAYANG TAK KAT ALLAH . . ? ? ?

Kalaw sayang . .kite kene sabar taw . .sebab sabar kan separuh dari iman . . (",)

Sabda Rasulullah . .

“Sabar adalah separuh daripada iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan.” (riwayat Ath Thabrani dan Al Baihaqi).



SABAR ~ 


Sume bende dalam idup ni ade cabaran . jadi perkara yang kite kne lakukan apabila menempuhi sesuatu cabaran adalah SABAR . bila kita sabar . .barulah ade Redha . .Sabar tu boleh dapat dalm banyak mase dan ketika .Setiap mase kite kene sabar .Banyak perkara tentang SABAR ini terpatri didalam kitab ALLAH . .contoh nya  :-

::

1. Sabar diletakkan sebelum Solat 

firman Allah SWT:

"Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat" (Al-Baqarah 2:40) 

2. Sabar disebut juga di dalam Al-Quran lebih dari 70 kali taw . . 

Antaranya:

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya" (Ali Imran 3: 200) 

3. Sumber kesabaran adalah Iman dan Taufiq daripada Allah. Ia tidak mungkin hanya bergantung kepada azam dan semangat semata-mata.Kadang2 . .manusia ni semangat nye bukan men kuat . . tp . .langsong x reti nak sabar . .just chill . .rilex . .Allah kan ade . . (",)

Firman Allah:

"Dan bersabarlah kamu, bahawasanya kesabaran kamu itu tidak mungkin melainkan dengan Allah." (An-Nahl 16: 127) 

4. Sabar juga menjadi nasihat utama yang diberikan oleh Luqman Al-Hakim kepada anaknya ketika menyebut tentang kewajipan solat serta mengerjakan al-amr bil ma'ruf wa an-nahy 'an al-munkar. 

Firman Allah:

"Dan bersabarlah kamu terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya ia merupakan perkara yang memerlukan keazaman (yang kuat)" (Luqman 31: 17) 

5. Allah juga memberikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

Firmannya:

"Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali'. Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk." (Al-Baqarah 2: 155-157) 

6. Mereka yang kehilangan sesuatu kerana sabar, dijanjikan Allah dengan gantian yang lebih baik bahkan terbaik.

"Dan Kami pasti memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar, dengan ganjaran yang terbaik di atas apa yang mereka lakukan" (An-Nahl 16: 96) 

7. Perbuatan-perbuatan baik yang lain, Allah janjikan balasan tertentu untuknya. Akan tetapi, ganjaran sabar tidak Allah tentukan bahkan kepada kadar yang tidak mungkin dapat dihitung.

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar bakal beroleh ganjaran mereka dengan keadaan yang tidak dapat dihitung." (Az-Zumar 39: 10) 

8. Rasulullah SAW menyifatkan sabar sebagai sumber cahaya. Ertinya, sabar itu adalah sumber kepada kebaikan-kebaikan yang lain.

9. Kerana sifat sabar, Allah SWT menjadikan segala urusan orang-orang yang beriman itu baik. 

Rasulullah SAW bersabda:

"Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Muslim)

10. Sesungguhnya bala bencana yang ditimpakan Allah ke atas seorang mukmin adalah tanda bahawa Allah menginginkan kebaikan untuknya. 

Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Al-Bukhari)


Rasulullah juga bersabda:

"Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!" (At-Tirmizi & Ibn Majah)

11. Sebahagian daripada sahabat Nabi RA pernah menyebut

 "Sesungguhnya kami tidak menganggap iman seorang lelaki itu sebagai iman yang sebenar jika beliau tidak bersabar apabila ditimpa ujian."

12. Sabar mestilah ditangani dengan perasaan tenteram tidak 'melatah' dengan ujian yang datang. Lihat contoh kisah Ibu Musa AS semasa anaknya yang dihanyutkan itu, ditemui di dalam istana Firaun. 

Firman Allah SWT:

"Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong (dari sebarang ingatan kerana mengenangkan anaknya). Sesungguhnya nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah)." (Al-Qasas 28: 10)

13. Sifat sabar adalah sifat yang menjadikan Para Rasul yang Ulul-Azm berbeza martabatnya di sisi Allah berbanding dengan Nabi-nabi dan Rasul yang lain. Mereka adalah Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad SAW.

14. Sabar terbahagi kepada :

Sabar di dalam mengerjakan ibadat

Sabar di dalam meninggalkan maksiat


Sabar di dalam menikmati pemberian


Sabar di dalam menghadapi musibah


15. Kesimpulan: See ? ? hebat x kita kalaw kita jadik orang yang penyabar ? ? Sabar adalah sifat utama orang mukmin.Ia punca kepada kebaikan yang lain.Sabar tidak terhasil melainkan dengan latihan dan ketekunan. Kita ni hamba  . .mmg kita bukan nabi . .tp kite kene ikot cara nabi . .SABAR lah k. .best sabar ni . .Allah suka orang yang sabar . .Nabi pon suke . .Allah sayang kita . .Nabi pon sayang kita . .jadi wat la ape yang disuruh kepada kita. . (^_^)

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kesabaran kepada kita . (^_^)


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Orang yang memulakan salam adalah terlepas daripada sifat
sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Khatib)

Wassalam . .

ngee ~ ~ ~ :P luv u all . . 

No comments:

Post a Comment